Monday, December 16, 2013

Free Samples - Part 2

So sorry, this supposely last week punya update, tapi baru harini aku dapat coretkan ke dalam blog ni..

Last week aku ada receive beberapa samples hasil daripada pencarian daripada beberapa buah website & company - korang boleh refer previous post pasal free samples kat sini yer => FREE SAMPLES - PART 1

Jom cekidout goods yang telah aku terima :-


1) DRYPERS - Pampers sample

Yang ni adalah yang sample ke empat yang aku receive selepas update haritu.. Tapi macam frust je sebab cuma terima sample 1 keping je instead of 2? Ada catuan ke apa? Sebab sebelum ni receive 2 sample.. Huhuhu..

Aku rasa mesti sebab orang drypers nyampah sebab nama aku asyik naik untuk request free sample je kot. Hahaha.

Bagi siapa2 yang nak try boleh ikuti langkah di SINI yer..

DRYPERS - 1pcs size L untuk Mikael :)


2) LACTACYD - Feminine wash sample

Nampak macam simple, tapi aku rasa ramai wanita nowadays yang dah sedar tentang kepentingan untuk menjaga "Miss V" memasing kan? Usually aku gunakan SAFI je, tapi saja gatal2 tangan nak try brand ni LACTACYD. Kalau di compare harga, brand ni ternyata lebih mahal sedikit berbanding Safi. So, aku pun menggunakan lah kesempatan untuk apply free sample ni - boleh try dengan free.. Yay!!

Kalau sesiapa berminat nak apply, memula kena register VIP account dulu dekat SINI yer. Pastu korang ikut je step untuk request for samples. Isi form dia, then tunggu sample sampai depan rumah korang. Mudah kan? :)


Comel je sample dari Lactacyd ni - simple

But bila buka dalam, ada 2 jenis feminine wash sample dorang bagi. Nanti leh try.., yay!!


3) LIBRESSE 

Yang ni sedikit mengejutkan aku.. Actually sebelum ni aku dah pernah receive sample daripada depa ni. So, haritu saja je gatal tangan nak try lagi. Beberapa hari lepas, surat sampai, rasa excited tengok sampul surat dia. Sangat meriah ye uolls.., saja nak bagi I tak sabar nak bukak kan. Huhuhu


Bila je bukak dalam.. Jeng jeng jeng!! Rupa2nya depa dok hantar card sempena besday aku next week. Terharu sebab depa ingat jugak besday iolls yang tak penting ni.. Kikiki.. Tapiii, kad je.. Hadiahnya mana wahai LIBRESSE? Huuuuuu..  :P


Bahagian hadapan kad - Jeng Jeng Jeng!!

Bahagian dalam kad - tulisan xde, sign pon xde, APA PUN TAKDE. HUHUHU

Tapi tak kisah lah. Card pun card lah.. Janji ia sesuatu yang buat aku happy jugak since LIBRESSE adalah orang pertama yang wish birthday aku.. Kui3.. Okaylah, bagi sesiapa yang nak try apply sample libresse boleh try kat SINI ek..


Oret itu je update untuk kalini. If aku ada receive sample lagi.., will update ni next entry yek. 


No comments:

Post a Comment