Kalau korang google kat internet, korang boleh baca macam2 versi untuk kisah lagenda yang terkenal di Perapat, Indonesia ni.. Tapi untuk aku, aku akan ceritakan mengikut kisah yang telah diberitahukan kepada kami oleh pemandu pelancong kami, Sari ketika trip ke Medan bulan September lepas..
Begini ceritanya.........,
KISAH BATU GANTUNG, PERAPAT INDONESIA
Al-kisah pada suatu masa dahulu, di dalam sebuah kampung di Perapat, Indonesia tinggal sepasang suami isteri. Mereka hidup serba kekurangan dan dengan takdir tuhan, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan yang comel sekali.
Adapun tidak lama kemudian, anak perempuan itu membesar menjadi seorang gadis yang sangat jelita. Si gadis ini memang menjadi buah mulut orang kampung dan sekelilingnya. Apabila sudah tiba masa untuk gadis ini menamatkan zaman bujangnya, maka tersebarlah berita tersebut ke seantero kampung-kampung di sekelilingnya. Maka ramailah yang cuba meminang gadis tersebut untuk dijadikan isteri.
Pada suatu hari, datanglah rombongan daripada saudagar kaya di kampung berdekatan untuk meminang gadis berkenaan. Rombongan yang datang itu pun bukan dari calang2 keluarga. Mereka adalah dari kalangan keluarga yang kaya. Bapa dan ibu si gadis ini berasa sangat gembira dan menerima pinangan tersebut.
Tapi satu hal yang tidak mereka ketahui bahawa si gadis ini rupanya telah pun mempunyai pilihan hati. Si gadis ini berasa sangat berdukacita, tetapi apakan daya untuk dirinya menolak ketetapan daripada orang tuanya. Dia pun menerima dengan redha.
Setelah dikahwinkan, rupanya baru gadis ini sedar yang dia telah dikahwinkan dengan anak saudagar yang bodoh sekali. Hari-hari si gadis ini berlalu dengan menguruskan suaminya sahaja; makan pakai, mandi, semuanya tidak bisa dilakukan sendiri dan si gadis terpaksa menjaga suaminya itu.
Dia berasa amat tertekan dengan nasib yang menimpanya. Sejak berkahwin, dia merasa tidak bahagia sekali. Hanya pada anjingnya lah sahaja tempatnya mengadu atas segala kesedihannya. Ke mana2 dia pergi, anjingnya itu pasti akan mengikutinya. Itulah teman setia tempatnya meluahkan segala kesedihan hatinya.
Pada suatu hari si gadis ini merasa tidak tertahan olehnya lagi. Dia merasakan bahawa apalah ertinya dia hidup di dunia ini jika tidak bahagia. Jadi dia membuat keputusan untuk membunuh diri dengan cara ingin terjun ke Tasik Toba. Si anjing yang setia ini tidak mahu melihat tuannya mati. Maka dia berlari ke rumah ibu bapa gadis tersebut dan membuat bising. Ibu bapa gadis berkenaan merasa ada sesuatu yang tidak kena, lantas mengikut anjing berkenaan ke tempat gadis berkenaan.
Si bapa dan ibu nya tidak mahu anak gadis kesayangan mereka pergi. Si ibu dan bapa pun cuba memujuk gadis berkenaan. Ada pun pujukannya hanya sia2, ternyata gadis berkenaan tetap dengan kemahuannya untuk membunuh diri. Maka oleh kerana terlalu sedih, si ibu secara tidak sengaja telah mengungkapkan kenyataan yang bakal membuat dia menyesalinya sepanjang hidupnya.
Si ibu berkata, "Jika engkau mahu pergi juga, maka lompatlah.. Tapi ingatlah kamu bahawa tasik itu tak akan pernah akan dapat menerima tubuhmu sampai bila2. Pergilah kamu!!"
Si gadis ini berasa bertambah sedih dengan kenyataan daripada ibunya, walaupun sebenarnya ibunya itu tidak berniat untuk menyuruh anaknya berbuat demikian. Tapi apakan daya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Maka gadis itu melompatlah ke Tasik Toba. Si anjingnya yang setia juga mengikutnya melompat ke dalam tasik. Dengan tidak semena2, tiba2 petir berbunyi. Kawasan menjadi hiruk pikuk sebentar. Kemudian apabila mereka sedari, anak mereka telah pun bertukar menjadi batu ketika cuba melompat ke Tasik Toba. Dikatakan bahawa Tasik Toba tidak mahu menerima tubuh wanita berkenaan.
Ada cerita mengatakan bahawa terdapat penyelidik daripada luar negara yang cuba menguji kebenaran cerita berkenaan dengan cuba untuk meruntuhkan batu berkenaan. Tapi malangnya walau dengan cara apa digunakan, semuanya gagal. Akhirnya penyelidik itu akur dengan kebenaran kisah berkenaan..
Wallahualam.. Aku tak ingat fully ayat yang sari cerita, tapi aku ingat jalan ceritanya. Maka aku ceritakan dengan bahasa aku supaya mudah difahami. Sekian!~
No comments:
Post a Comment