Okay, sambung day 2 di Medan..
Pagi tu terlajak bangun awal. Maklumlah hari pertama di bumi Indonesia - still bingung2 tentang perbezaan masa. Aku tersalah set alarm, akibatnya pukul 5.00 pagi (waktu Indonesia) kitaorang dah bangun. Haha. Tu baru beza 1 jam. Kalau beza 5-8 jam lagi pening nak kira. Huhu.
 |
Budak paling excited - sempat tertidur sebelum checkout |
Pagi tu sempat jugak melayan pemandangan sunrise di Danau Toba. Walaupun cuaca tak berapa nak baik (nak hujan), tapi rasa tenang je. Setelah bersiap2, dalam jam 8.00 pagi waktu Indonesia, kitaorang naik ke dewan makan untuk breakfast.
 |
Pemandangan pagi dari hotel - Danau Toba |
Selesai breakfast dan checkout, kitaorang menunggu kedatangan bot. Sempat jugak memasing berposing dan bergambar. Cuaca pagi tu memang sejuk yo.. Nyosal tak bawak baju sejuk, nasib ada bawak pashmina - tu pun aku bawak sebab fikir senang nak nyusukan Mikael nanti..
Dalam pukul 8.45 camtu kot bot sampai. Kitaorang pun excited la. First day nak mengembara kagt bumi orang. Bot nya besar - selesa! Siap ada toilet bagai.. Tapi takdelah mewah. Okay je pada aku.. Ketika awal perjalanan tu meman rajin lah jari jemari memasing merakam kan potret pemandangan pagi di Danau Toba.. Memang indah - Subhanallah. Nak tau korang pergi la sendiri, tengok dengan mata sendiri. Kat kamera tak nampak sangat..
 |
Taklimat untuk harini oleh Sari |
 |
Mikael buat mata bulat. Hahhaa |
 |
Mikael : Wuteva!! :P |
Masa atas bot tu kitaorang dihiburkan oleh anak2 orang Batak Toba - dorang nyanyi dalam 3 lagu tak salah aku.. Boleh tahan la, range umur maybe 13-16 kot? Pakaian memasing pun dah moden..
 |
Bakat muda - anak2 Batak Toba |
Selesai dihiburkan, memasing pun sibuk snap2 dan melayan pemandangan je..
 |
Budak boolat di atas bot |
 |
Awan tu macam terapung2 mengelilingi bukit di Pulau Simosir - Subhanallah |
 |
En. Rasyid melayan pemandangan - biruuuuu!! |
 |
Pulau Simosir uolls.. |
 |
Dah sampai... |
Dalam 45 minit perjalan, sampailah kitaorang ke perkampungan pertama di Pulau Simosir.. Kat sini, kitaorang bakal melawat sebuah tempat dinamakan - HUTA SIALLAGAN. Kat Pulau Simosir ni dorang punya greeting adalah "HORAS" - bermaksud selamat datang. Jawapannya pun horas juga. Jadi masa OTW nak pergi tempat lawatan tu, lalu kat deretan rumah kedai tu kecoh la orang dok horas, horas.. Kitaorang pun reply horas, horas juga. Tapi awas ya. Jiwa kena kental bila lalu kat deretan kedai kat sana. Sebab dorang akan desak dan pujuk korang beli. Dorang akan cakap la satu barang singgit la, ape la untuk tarik perhatian korang, tapi lepas tu lain pulak harganya. Ada jugak kes peniaga sampai ikut naik bot - yang ni aku la kena. Memang kental gila2 masa tu., last2 dia lari pergi bot sebelah lepas laki aku bitau yang bot sebelah lagi ramai orang. Hahaha.. Jadi jaga2 je la ye kalau nak ke sana..
 |
Welcome!! |
 |
Syok lak tgk pakcik ni carve patung pada kayu.. |
 |
Kat sini pun pakai parabola.. |
 |
Pakcik ni nyanyi sambil main gitar yang ada 2 tali - memang unik!! |
 |
Huta Siallagan |
Huta Siallagan ni merupakan bekas perkampungan yang pernah di diami oleh raja2 batak pada satu ketika dahulu. Unik sungguh kat sini, macam2 cerita mistik ada. Meremang bulu roma dengar. Hehehe. Yang tu aku cerita kat entry lain lah coz panjang. Kang berjela pulak entry ni.. Korang layan je la gambar2 dulu..
 |
Pelancong berbangsa India - rasanya dari Malaysia gak |
 |
Rumah raja batak |
 |
Rumah si anak dara suku kaum batak |
 |
No caption |
 |
Kesayangan hamba :) |
 |
Meja batu - tempat bersidang |
 |
Close view - rumah raja batak |
 |
Pelancong minah salleh ni kusyuk dengar tourist guide dia bercerita |
 |
Sari tengah terangkan pasal buku purba yang digunakan oleh raja batak satu ketika dahulu |
Selesai lawatan, kitaorang balik ke bot. Terpulang la kalau korang nak singgah beli cenderamata kat sini boleh je - tapi kitaorang dah dimaklumkan yang harga barang kat sini boleh tahan berbanding medan. Aku ada jugak shopping sikit kat sini.. Cari special item dari toba katenyeeee...
 |
Pelancong lain syok bersoping. Huhu |
Next, kitaorang bertolak ke perkampungan kedua untuk melawat kubur raja batak - RAJA SIDABUTAR.. Perjalanan kali ni tak lama sangat.. Dalam 15 minit ke 30 minit ntah.. Maaf dah tak ingat.. Masa tu cuaca dah beransur jadi lebih baik. Dah tak sejuk sangat macam pagi2 tadi, matahari pun nampak dah mencelahkan diri di balik awan..
 |
Subhanallah |
 |
We are in republic Indonesia!! |
 |
Mendung sikit - cuaca sedap2 je.. |
 |
Menikmati keindahan lagi.. |
Setibanya di perkampungan kedua ni, suasananya ternyata lebih meriah berbanding perkampungan pertama tadi. Kat sini lagi ramai orang. Deretan kedai jugak lagi meriah!! Tapi harga pun meriah jugak. Aiskrim magnum pun bila dah convert duit Malaysia satu RM6. Hahahaha..
Kat sini aku tak dengar sangat apa dia cerita. Coz ramai sangat orang, bz buat hal sendiri je. Jadi layan je lah gambar yang ada..
 |
Simosir carnival - 1 hari selepas kitaorang balik. Uwa! |
 |
Deretan kedai |
 |
Macam2 ada!! |
 |
Makan Raja Sidabutar |
 |
Tempat masuk - kena pakai selendang songket camtu kalau nak masuk.. |
 |
Ramai orangggg... |
 |
Tourist guide tengah explain - tapi apa pun tak dengar |
 |
Salah satu makam raja batak |
 |
Memasing buat hal sendiri je. Haha |
Masa OTW balik tu, kitaorang ada lalu kat 1 deretan rumah lama batak - tapi kat situ tak ada orang pun yang datang, maybe sebab under construction.. So laki aku pergi lah jalan sana snap2 gambar jugak - snap gambar satu patung ni.. Rupanya ada juga kisah patung ni. Namanya si Gale-gale. Ni aku ceritakan dalam entry lain lah ye. Macam biasa..
 |
Perkampungan batak |
 |
Si gale-gale |
Kemudian, kami bergerak balik ke bot. Dalam perjalanan tu seperti biasa akan ada pujuk rayu kedengaran. Ya terpulang pada andalah nak beli atau tidak. Tapi personally, aku rasa perkampungan kedua lebih pelbagai pilihannya. Banyak betul kedai dan macam2 ada. Harga pun boleh tahan juga. If nak beli, boleh je.. Janji korang pandai bermain kata-kata (nego). Hahaha
Lepas tu, kitaorang balik ke daratan balik. Tiba di jeti, bas dah menunggu. Lepas tu kitaorang bergerak ke tempat makan yang telah dijadualkan.. Ini dia - ISTANA MINANG
 |
Tempat lunch - Day 2 |
Jalan nak pergi ke sini boleh tahan.. Macam jalan kampung je. Tapi melalui jalan bengkang bengkok dan lereng2 bukit. Ngeri pun ada, tapi tak risau coz bapak supirnya memang expert bawak bas. Yang funnynya, masa baru2 sampai tu sebelum kitaorang turun bas - memang tak nampak nama restoren ni tau. Yang kita nampak RESTAURANT MINANG apatah. Tapi siap tulis - EXCLUSIVE BABI PANGGANG. Bila memasing dengar, rasa nak pengsan pun ada. Yelah, masa tu memasing tak tau lagi nama kedai yang kitaorang nak makan. Yang kitaorang tau nama restoren tu ada perkataan "minang" je. Lepas dah turun tu baru tau yang kedai kita nak makan tu kedai sebelahnya; bukan kedai yang itu.. Fuh lega!!
Sepanjang berada kat sini, restaurant yang jual2 makanan tak halal tu memang biasa. Yang paling faymes - B1 dan B2 panggang (B1 - anjing, B2 - babi). Siap berasap2 lagi uolls kedai dia tu. Ala, macam kalau kat pasar malam orang jual ayam percik tu. Ha, camtulah gambaran meriahnya asap2 dia.. Nasib baik bas berekon. Kalau tak........, huhuhuhu
Then lepas tu dengan perut yang penuh, kitaorang teruskan perjalanan untuk ke BERASTAGI. Berastagi ni macam kawasan tinggi - ala2 cameron genting centu. Jalan nak ke sana memang horror.. Seriously horror. Lalu betul2 kat lereng bukit. Di sebelah kiri boleh tengok pemandangan Danau Toba, dan sebelah kanan nampak bukit. Nasib baik masa ni aku duduk belah kiri - jadi memang puas ati nampak pemandangan!
Kat celah2 bukit dan lereng2 tu banyak rumah2.. Majoritinya bercucuk tanam. Masyarakat batak toba memang lebih 95% beragama kristian. Memang banyak church kat sini. Selang 2-3 rumah mesti ada 1 church.. Masjid memang tak nampak langsung. Cuma ada nampak 1 je masa dekat pekan dia. Lepas tu nanti bila lalu kat kawasan rumah tu, sebelah rumah ada padi atau ladang sayur.. Kat tengah2 ladang sayur akan ada monumen/tugu.
Ada macam2 jenis tugu ni, yang setingkat ada, dua tingkat, yang bertingkat2 pun ada. Sari kata itu actually adalah kubur nenek moyang mereka. Kami panggil "Rumah masa depan". Dalam masyarakat batak, dorang akan dikebumikan 2 kali. Kali pertama ketika mati. Lepas tu if dorang ada cucu, cucu yang kaya raya akan binakan tugu tu khas untuk nenek moyang mereka. Lepas tu mayatnya akan dipindahkan ke kubur baru. Dalam masyarakat Batak, semakin "gah" tugu tersebut, bermaksud semakin baguslah anak cucu mereka. Mane taknya, kos untuk membuat satu tugu tu berjuta2 rupiah, uolls.. Contohnya lah : if sorang tu bercita2 menjadi wakil rakyat - kalau dia bina tugu untuk nenek moyang dia dgn gah, orang semua akan anggap dia ni lah yang terbaik dan sesuai utk jawatan tu. Dan sebaliknya if sorang tu bercita2 menjadi wakil rakyat - tapi takde pun buat tugu camtu untuk nenek moyang mereka, dorang akan anggap dia tak layak untuk jawatan tersebut. Sampai macam tu sekali pengaruh tugu tu. Begitulah apa yang dimaklumkan kepada kami. Dan patutnya hampir setiap rumah ada tugu kat sebelah rumah/di ladangnya..
Lepas tu kami singgah kat satu tempat perhentian ni. Nama dia aku lupa. Yang faymes kat sini - Air teh halia dia. Pekena pulak dengan goreng pisang. Masa tu cuaca hujan renyai2. Suhu pun dah menyejuk. Memang masyuk wo!!
Perjalanan diteruskan lagi. Lepas tu kitaorang singgah kat sebuah air terjun - SI PISO PISO. Nama si piso piso diberi sebab air yang jatuh ke bawah tu macam pisau dari segi rupa dan ketajaman dia.. Ada kitaorang snap gambar kat sini. Tapi gambar pada member laki aku. So tak dapat la nak share skali kat sini.. Ada jugak deretan kedai menjual cenderamata dan makan. Tapi sikit je. Aku beli baju sejuk anak aku Rp35,000 je, dalam RM10 lebih. Baju kait, memang lawa.. Besh! Aku lak beli jugak baju sejuk kait - harga tak ingat dah tapi memang laki aku nego kaw-kaw nak dapat harga tu. Berbaloi jugak la. Hehehe. Sebelum sambung perjalanan, sempat jugak kitaorang pekena teh tarik dan telur separuh masak dengan kicap. Memang terbaik uols!!
Next perjalanan diteruskan sampai ke Berastagi. Dengan jalan jem dan cuaca hujan renyai, kami tiba dalam pukul 8.00 malam waktu Indonesia. Sampai2 terus serbu makanan.. Nama hotel kitaorang kali ni Berastagi Hills. Memang bes hotel ni.. Yang tak besnya anak aku kena kacau gak malam tu. Hahaha.. Hotel kan, bilik paling hujung lak tu. Tapi lepas dirawat, alhamdulillah Mikael okay. Tidur lena dia malam tu..
Hotel kat sini tak yah pakai aircond - dah memang sejuk. Lagi sejuk sikit dari Cameron rasanya. Memang sedap tidur. Huhiii. Lepas membersihkan diri memang memasing terbongkang dah. Kepenatan. Esok ada lagi sehari untuk berjoli sakan di Medan sebelum pulang..
 |
Mikael merasmikan katil; gambar bawah adalah baju sejuk kael tu.. |
Phew, what a long day untuk day 2. Sambung day 3 next entry yo!
No comments:
Post a Comment