Monday, December 2, 2013

Mikael & Separation Anxiety

Aku baru perasan...

Dalam 2-3 bulan kebelakangan ni Mikael langsung tak boleh berenggang dari aku. Jauh sikit, dia merengek nak ikut. Asal aku lari sikit daripada dia, mula nampak dia mula mencari.. Mula2 aku rasa macam normal je kot camtu. 

Ala, da memang dia dengan aku je sejak born dulu.. 
Da memang aku yang selalu duduk tercongok depan mata dia sejak dulu..
Da memang aku yang selalu dok melayan dia..
Setiap hari.., tanpa fail. Huhuhu. 
Sampai lah satu tahap, bermula dalan 2 bulan lepas kot, sikap tu mencari ketara sangat! 
Serios!!

Ketara sangat sampai tinggal nak buang air pun tak boleh. Nak mandi lama2 pun tak boleh. Kalau nak tinggal pergi kedai lagi lah tak boleh. Nasib aku tak kerja.. Huhuhh


Sehinggalah beberapa hari lepas, aku ada terbaca dalam sebuah website ni tentang "Separation Anxiety". Bahasa kampungnya adalah bayi korang nanti akan takut sangat nak berpisah dengan korang la senang kata, nak tinggal pun tak boleh.

Separation anxiety ni katanya merupakan perkara biasa bagi bayi 6-7 bulan camtu.. Dan ianya boleh berterusan sampai umur lebih kurang 2 tahun... Sebab apa, time 6-7 bulan ni bayi korang akan sedar yang dorang bergantung dengan korang; korang yang jaga dia, lindungi dia dan pada masa ni juga dia sedar yang korang dengan dia ni bukan lah satu. Korang dan dia adalah individu berbeza dan korang boleh tinggalkan dia.. Sebab tu dia jadi takut untuk berpisah dengan korang.., dia takut korang tinggalkan dia selamanya.. Sebab dia masih belum faham kan..

Ni beberapa tips yang boleh aku kongsi untuk menangani masalah ni. Kalau anak korang cmtu gak, boleh lah try2 jugak ek.. Untuk tips lebih detail korang boleh google je. Memang banyak ada..

Okaylah.., 


1- Ajar bayi anda bahawa anda akan sentiasa datang balik padanya

Kalau korang dah tinggalkan dia., make sure korang datang balik. Ini akan mengajar dia bahawa setiap kali korang pergi, korang akan selalu datang balik pada dia. So, lepas tu nanti dia akan belajar sendiri dan in syaa Allah akan lebih tenang kalau korang tinggalkan dia. Nak try practise pun boleh.. Macam ni, korang cuba tinggalkan dia untuk ke bilik sebelah atau ke dapur ke. Make sure sebelum tinggalkan dia, beritahu dia yang korang nak pergi kejap dan akan datang balik. Mula2 tu maybe dia akan menangis lah.. Tapi its okay. 


2- Tenangkan bayi anda

Kalau dia menangis2 meraung bila korang tinggalkan dia, make sure korang tenangkan dia dulu. Bila dia dah tenang, baru korang pujuk dia balik dan slowly tinggalkan dorang sekali lagi. Kalau nak tinggalkan pun, make sure korang tinggalkan dia dengan orang lain yang dia selesa - e.g mak korang ke, hubby korang ke. Jangan tinggalkan dia terus dan expect dia akan learn. Turn out dia akan lebih takut untuk ditinggalkan lepas tu nanti..


3- Galakkan dia bermain sendiri

Aku banyak kali juga buat yang ini.. Caranya senang je. Korang duduk sebelah dia, biar dia main sendiri dan korang cuba buat kerja lain sendiri. Lepas tu, nextnya korang boleh duduk jauh sikit dari dia, tapi make sure dalam bilik yang sama.. Bila langkah2 sebelumnya tu dia nampak okay, takde meragam apa, syok main sendiri, maka korang boleh lah try2 tinggalkan dia kejap2.. 


4- Sentiasa ucapkan selamat tinggal sebelum tinggalkan bayi anda

Aku percaya, ramai yang rasa cara paling baik untuk tinggalkan anak korang adalah pergi secara senyap2.. NO NO NO - A BIG NO ye untuk cara tersebut. Korang JANGAN SEKALI-KALI tinggalkan anak korang tu senyap2. Sebab apa, nanti bila dia sedar yang korang tiba2 "hilang", dia kan lebih sedih dan lagi susah nak tinggalkan dia nanti. Sebaiknya sebelum nak pergi mana2 ke, atau nak tinggalkan dia dekat nursery, babysitter dll; ucapkan lah selamat tinggal dulu dan katakan padanya yang korang akan kembali juga kepadanya nanti.. in syaa Allah, lama2 nanti dia akan boleh terima..


Lagi satu, bayi ni akan meragam lebih kalau dia LAPAR, PENAT atau SAKIT. Jadi sebolehnya, kalau nak tinggalkan anak anda, make sure keadaan dia sesuai dan mood dia baik. Ni akan sedikit sebanyak memudahkan proses tersebut. 

Okaylah. Sedikit perkongsian. Semoga bermanfaat untuk semua.



No comments:

Post a Comment