Hari ini aku nak update tentang free sample. Siapa yang suka barang free angkat tangan?? Ngee.., aku rasa semua orang pun suka benda free.. Betul tak.. Kalau dulu orang selalu cakap, kalau dapat makanan free, rasa dia lagi sedap daripada kalau kita keluarkan duit sendiri beli.. Betul atau tak? Hohoho
Okaylah begini ceritanya, last 1-2 weeks aku ada apply samples daripada pelbagai company.. Nak listkan pun aku tak ingat, tapi rasa berbelas company jugak lah aku apply.. Antaranya huggies, drypers, whoopee, dumex, S26 milk dan friso - untuk barangan bayi. Untuk barangan wanita lak antaranya kotex, laurier, kao, biore dan blablabla.. Seyes tak ingat!! Asal aku nampak ada orang recommend je, terus apply. Tapi ada yang boleh, ada jugak yang tak boleh.. Depend pada nasib laa...
Minggu ni aku teruja sikit sebab dah dapat feedback daripada 3 company - MAM, Enfagrow A+ Club dan Friso gold.
1) MAM - Breast Pad Samples
Yang ni sample yang paling awal sekali aku terima. Rasanya tak sampai seminggu aku hantar form tu dah receive. Kalau korang nak try, korang boleh hantar detail berikut kat alamat ni hello@mymambaby.com
- Name :
- Phone :
- Add :
- Son :
- DOB :
Ni sample yang aku dapat, tapi tak leh nak bagi feedback lagi coz tak guna lagi.. Sayang. Huahua. Tapi bila pegang, yang boleh aku kata adalah breast pad ni sangat ringan dan nipis. I bet kalau pakai, mesti tak akan terasa sangat. Am looking forward to this breast pad ni, but soon lak. Nanti kalau dah guna aku citer..
![]() |
Bahagian hadapan |
![]() |
Bahagian belakang |
2) Enfagrow A+ Club - Susu utk ibu mengandung/BF
Yang ni sample kedua aku terima.. Untuk yang ni aku excited sangat dengan envelope dia! Plastiks uolss. But material keras. Lawa sangat.. Sayang nak buang. Bahaha..
Since Mikael still fully BF, aku request sample susu utk nursing mom.., selain daripada tu kalau nak request sample untuk anak2 boleh je. Korang isi je form tu, nanti dia tanya korang nak sample yang mana..
Aku dapat 2 envelope - 1 utk enfagrow club dan 1 utk sample susu |
Envelope 1 - Enfagrow A+ club, dpt fridge magnet, car sticker, 100 point percuma (upon activation) dan catalog utk redemption |
Envelope 2 - Sample susu utk mummy. Hihi |
Okaylah, kalau nak request sample susu dia, boleh ke SINI ye..
3) Friso gold - Susu utk ibu mengandung/BF
Yang ni paling latest aku dapat. Dapat sample susu untuk nursing mummy gak. Tapi sama macam Enfagrow, kalau nak request sample untuk anak2 pun boleh, xde masalah. Korang boleh apply kat SINI
![]() |
Envelope kertas - tapi nak bukak ada seal ye uolls.. |
![]() |
Dapat 3 packet susu. Yeay!! |
Semua sample susu pun tak sempat minum lagi. Kejap lagi baru nak godak yang Enfamama punya susu. Sedap minum susu panas sejuk2 hujan2 macam ni tau.. Huhuk
Okay, setakat ni baru ni je dapat. Next time aku update lagi. Siapa2 nak try silakan lah ye. Free je semua. Hihi
No comments:
Post a Comment