Sunday, November 24, 2013

Expo lagi!! Yay!!

Saat nak menulis blog ni mata dah nak terpejam, kaki dah lenguh, kepala pun dah rasa berat je ni.. Letih oit. Lama tak pergi shopping, ginilah jawabnya. Anak dan suami dua2 dah terbongkang atas katil. Nampaknya cuma aku je masih gigih lagi menghapdet blog, ngeeeee..

Okaylah, just a short entry. Harini aku dolan2 ke Mid Valley., lama giler tak sampai ke sini. Sejak-sejak berhijrah ke Negeri Sembilan ni aku terpaksa melupakan hobi lama aku., hobi mengukur jalan dan mall :'((

Sejak tahun 2006 aku tinggal kat KL, hinggalah tahun 2010., dan tahun 2011-2012 aku tinggal di Petaling Jaya, cer ko tanya mall mana aku tak masuk. Haha. Bukan mall je ye kawan2, tempat yang best2 lah pendek kata.. Pantang hujung minggu, ada saja plan nak ukur jalan. Al-maklumlah, hobi..., make panjanglah kaki aku melangkah ke sana ke sini.

For your information harini kat Mid Valley ada buat exhibition - 6th Maternity and Child Expo. Ramainya orang, nauzubillah.. Kalau tak betul kental, memang dah patah balik ke kereta je jawabnya. Tapi oleh kerana hati ini masih kental untuk bershopping, maka kami gagahkan jua. Haha.. Ko percaya tak, nak jalan dalam expo tu macam nak berperang je rasanya. Betul la. Ha, kenapa aku cakap camtu? Yela, ko bayangkan.., dengan orang punya ramai kat sana, nak jalan memang payah. Sangkut2 bahu beb, macam2 bau ada.. Kalau ko tak kental atau terlalu baik hati sangat bagi orang jalan dulu, silap2 sampai esok ko tak habis tawap expo tu. Huhuhu..

So, this year aku tak happy sangat dengan expo ni. Sebab apa? Sebab sikit je dapat freegift. Haha. Dasar mata freegift!! xD Maybe sebab aku datang pada hari ahad;  which is the last day kan. Last year aku pergi first day, bukan je first day; tapi sebelum pintu dibukak. Hihi. Tapi ok la, ada la jugak dapat sesikit.., alhamdulillah lah juga, daripada tak ada kan..

So just nak share few things yang kiteorang beli. Nothing specials, just saja nak lepaskan gian bershopping. Harga?? Ada yang murah dan ada yang mahal jugak, kena pandai pilih. 


My first cart - RM78 (np RM99)

Front view 

Pureed A-B-D Detergent : RM16 (np : RM21)
Pjamas : RM15/set

Baju besbol : RM25
Ambulance toy : RM10

1pc : RM5, 5pcs : RM20 (boleh buat basahan)

Budak hensem, soleh, pintar & pokerpes : Tidak ternilai :P 

Yang gambar bawah skali tu tak jual yo!! Bagi den lapan belas ribu ratus ribu juta pon den tak mau =)

No comments:

Post a Comment