Aku pasti ramai ibu bapa yang menitik-beratkan pendidikan awal anak2 sekarang ni. Macam2 cara yang kita boleh guna sekarang ni untuk optimizekan rangsangan untuk otak si kecil kita - boleh guna Learning CD, buku2 yang dikhaskan untuk pendidikan awal kanak2 (Eg : soft book), ada mainan2 yang dapat merangsang motor kanak2 mcm wood toys dan tak lupa juga teknik FLASH CARD.
Flash card ada macam2 jenis, ada yang bergambar; dan ada juga yang cuma hurup/nombor sahaja.
![]() |
Contoh FC bergambar dan FC huruf sahaja - Sumber google |
Kalau ditanyakan pada aku, aku lebih prefer Flash Card (FC) yang hanya ada hurup/nombor sahaja. Jika ditanya kenapa? Sebab pada aku, aku lebih nak kan anak aku belajar kenal huruf daripada gambar semata2.. Kalau kau tanya kenapa lagi? Sebab aku tak nak anak aku terikat dengan A for Apple, B for ball sahaja.. Sebab korang tau lah kan. Kanak2 kecil ni lebih mudah tertarik dengan gambar2 berbanding dengan huruf2 tu.. Aku tak nak dorang kenal gambar je semata2, aku nak dorang kenal "huruf" tu sendiri.
Well disebabkan aku tak dapat menjumpai FC macam tu di pasaran, jadi aku buat keputusan untuk buat sendiri FC untuk anak aku (FYI - FC macam tu memang ada di pasaran, cuma aku tak "ter"jumpa lagi, kebanyakan yang aku jumpa semua ada dengan gambar).
Jom try buat!!
Bahan2 :-
1) Kotak terpakai - dipotong pada size yang korang nak
2) Kertas warna warni - untuk buat huruf dan background
3) Gunting
4) Pembaris
5) Pensil
6) dan Gam (tiada dalam gambar)
Cara-cara :-
1) Ambil kotak terpakai, potong pada size yang dikehendaki (kalau tak ada kotak, boleh juga guna kadbod)
2) Ambil kertas berwarna, buat kotak2 dalam 1"X1" (untuk memudahkan kita melukis nombor/huruf
3) Lukiskan huruf/nombor dengan menggunakan kotak2 tadi. Yang ni aku tak reti nak bagitau secara detail. Agak2 korang sesuai dengan size kotak yang korang dah potong tadi.
4) Potong huruf berkenaan - kemudian terbalikkan. Yang belah belakang yang tak ada tulisan tu nanti akan jadi bahagian depan huruf berkenaan (masa tampal nanti).
5) Potong kertas warna yang contrast warnanya dengan warna huruf/nombor yang telah anda lukiskan nanti. Lebih warna warni lebih bagus sebab ianya nanti akan dapat menarik perhatian anak korang nanti. Bagi contoh ni, aku pilih background hijau untuk warna huruf/nombor kuning.
6) Untuk jadikannya lebih menarik, aku highlightkan tepi2 huruf/nombor berkenaan dgn marker. Nak guna pen pun boleh, pensil pun boleh. Janji warna dia naik.
7) Lekatkan huruf berkenaan pada kertas warna background yang korang dah potong tadi.
8) Lepas tu, lekatkan pulak kertas tu dekat kotak/kadbod yang korang dah potong mula2 tadi.
TADAAAA!! Dah siap! Simple yet cheap kan?! Siapa bosan2 boleh ler try. Kalau nak lagi senang, korang print je huruf/nombor tu guna printer kat kertas berwarna, pastu potong dan tampal. Lagi mudah, bukan? =)
Ok, seterusnya, korang boleh guna warna lain untuk untuk huruf/nombor berikutnya.. Kat bawah ni adalah Flash Card nombor yang aku dah buat. Yang huruf still in the making - buat slow2 sambil melayan anak. Hee.
SELAMAT MENCUBA!! =)
No comments:
Post a Comment