Friday, November 8, 2013

Check-up Post Warded


Apalah nasib aku pagi ni, boleh terlupa nak set jam pulak. Pukul 7.10 a.m macam tu tiba2 aku tersentak, hah! Gelabah habis!! Mana nak mandi, mandikan anak, siapkan anak, siapkan diri sendiri lagi, siapkan barang2 nak bawa - buku appointment, IC, handphone, blablabla; huh, apa pun tak boleh lah!! Huhu

Siap punya siap, dalam 7.45 a.m baru terkocoh2 breakfast, minum sebekas  ESP SHAKE untuk tenaga hari ini, dan nasi goreng 1 pinggan. Sambil tu kitaorang suap2 sekali si kecil tu dengan biskut. Kesian dia, lapar pulak dia nanti.

Jam 8 a.m baru gerak dari rumah, tapi alhamdulillah nasib kitaorang agak baik, jalan lancar! Dalam 5 minit lebih macam tu dah sampai hospital. Suami aku turunkan kat pintu masuk, dan aku melangkah laju sambil dukung si comel tu manakala suami aku pula pergi cari parking.

Tiba kat klinik pakar paedetric - LENGANG. Adalah 2 3 orang pesakit yang diiringi mak ayah. Dalam hati berbunga riang; nampaknya cepatlah aku balik harini memandangkan pesakit yang sedikit dan bilik pemeriksaan yang banyak, ada 11-13 bilik tak silap aku.

TAPI...,

Tunggu punya tunggu, yang ditunggu tak kunjung tiba.. Awat tak ada nombor naik lagi ni? TV pun tak buka. Bosan gila.. Mulut aku dah dekat2 nak rabak sebab asyik menguap. Anak aku jela yang gembira bukan main - asyik bergerak je bila nampak budak2 lain kat dalam tu. Memang suara dia je la yang menggegarkan klinik tu. Nasib tak ramai orang..

Ini budak happy betul kat klinik harini =)


Tup tap pukul 9 pagi, nombor pertama pun tak dipanggil lagi. Walau aku dapat giliran ke-4 (yang aku happy memula tadi), sekarang dah jadi berangin sikit. Tapi nasib baik aku boleh bertenang lagi - maintain cool je  walaupun dalam jiwa ni bergelora.. Adatlah tu kan..

Seperti faham penantian kitaorang ni yang "seperti pungguk rindukan bulan", seorang jururawat yang agak mesra menyapa dan meminta maaf. Katanya doktor lambat sebab mereka ada perhimpunan. Lah, awat tak cakap awal2!! Kalau tahu ada perhimpunan, patutnya appointment time tu diletak jelah pada waktu selepas habis perhimpunan. Jadi tak perlu la aku menguap2 kat dalam klinik tu macam orang gila, betul tak? Huk3

Nasib la tak lama lepas tu, berduyun doktor sampai.. Okay, nombor giliran pertama dah dipanggil, begitu juga kedua.. Tak lama lepas tu nombor giliran aku pula. Alhamdulillah, akhirnya penantian berakhir jua!!

Pintu aku ketuk. Kemudian aku buka. Aku disapa mesra oleh seorang doktor india perempuan - Dr Anusha namanya. Orangnya nampak tegas, tapi sebenarnya agak mesra. Setiap pertanyaan aku dijawab dengan tenang. Kemudian doktor tersebut membuat sedikit pemeriksaan pada Mikael. Berdasarkan pemeriksaan doktor tersebut, beliau menerangkan keadaan Mikael dahulu dan sekarang kepada aku. Ku kira penerangannya sangat jelas dan mesra. Suka sangat kalau dapat doktor yang bagus macam ni..

Menurut doktor, masa anak aku warded haritu, pihak hospital dan hantar sampel kahak Mikael ke makmal. Hasil ujian makmal menunjukkan yang anak aku dah dijangkiti oleh sejenis virus - RSV nama dia. RSV ni sejenis virus yang common, menurutnya; tidak mustahil ada pada kita jugak, tapi mungkin disebabkan ketahanan badan kita jauh lagi baik daripada bayi, maka ianya tak menunjukkan sebarang tanpa yang memudaratkan (pasal benda ni nanti aku cerita dalam entry lain ek)

Doktor Anusha beritahu aku keadaan Mikael sangat bagus sekarang; paru2 okay, tiada bunyi, kahak dah tak ada, Mikael pun nampak jauh lebih aktif daripada dulu. Jadi insyaAllah dah tak ada apa yang nak dirisaukan lagi. Lepas ni pun dah tak ada appointment susulan memandangkan keadaan Mikael yang cemerlang, gemilang dan terbilang itew.. Huhu

Syukur sangat kepada Allah, aku sangat3 risau masa Mikael sakit haritu. Mikael yang sakit, aku yang jadi tak terurus, kepala bingung, buntu dan fikir serta 24jam doa semoga anak aku cepat sembuh. Alhamdulillah, tuhan dah makbulkan doa hambaNya yang khilaf ini. Semoga Mikael sentiasa diberi kesihatan yang baik, kini dan sampai bila2..

Amin =) 


NotaKaki : Nanti aku citer pasal anak aku masuk ward lak.

No comments:

Post a Comment