Thursday, November 21, 2013

DIY - Denim Bag (1)

Okaylah, entry harini berkenaan DIY lagi. Kalini aku nak tunjukkan/share cara2 untuk membuat beg denim bag dengan menggunakan seluar jeans terpakai. Kebetulan suami aku ada seluar jeans tak guna, daripada terbuang, aku experimentkan menjadi beg denim.

Sorry to say, aku cuma sempat snap beberapa gambar permulaan semasa menghasilkan beg tu, tapi lepas tu tak dan nak snap gambar dah sebab sambil menjahit sambil terkejar2 jaga anak. Oleh kerana tak cukup info nak share, aku buat keputusan untuk tunjukkan terus gambar yang menjadi rujukan aku sepanjang proses penghasilan beg denim berkenaan :-



Kalau nak gambar clear boleh klik untuk besarkan gambar ye


Sumber rujukan gambar tersebut aku ambil di SINI.


Bahan2 yang diperlukan adalah :-

1) Seluar jeans terpakai - dipotong di bahagian kaki/peha, seeloknya peha (bahagian yang lebih lebar) sebab nanti lepas dah siap beg akan kelihatan jauh lebih kecil.
2) Gunting
3) Benang & Jarum
4) Mesin jahit (jika perlu)
5) Gam yang bersesuaian (jika perlu juga)


Cara2 penghasilan beg denim :-

1) Potongkan bahagian peha/betis jeans berkenaan. Ikut sukahatilah ukurannya sebab ianya bergantung kepada kemahuan diri sendiri berapa besar korang nak beg korang tu nanti. As for diri aku sendiri, aku potong dalam 21-22 inci.

2) Potong bahagian tepi salah satu sisi untuk menjadikannya lebih lebar (seperti dalam gambar)

3) Kemudian, potong saiznya menjadi segi empat tepat (seperti dalam gambar)

4) Lekatkan antara dua bahagian (sila rujuk gambar di atas) samada melalui jahitan/gam, jika gam, pastikan anda menggunakan gam yang bersesuaian.

5) Letakkan kain sebagai lapisan dalam beg. Pastikan saiznya sama dengan denim yang telah anda potong dan jahit/gamkan di atas tadi. Untuk securedkan lapisan berkenaan, boleh jahit di bahagian tepi/gamkan juga dengan gam yang bersesuaian.

6) Lipatkan bahagian tepi hujung kain denim anda menjadi bentuk mencerut (bahagian ini akan menjadi bahagian bukaan beg anda)

7) Potong sebahagian jeans, dan jahit/gamkan di bahagian tersebut untuk mengemaskannya.

8) Kemudian lipat bahagian tepi beg berkenaan sedikit (boleh rujuk gambar)

9) Potongkan sedikit bahagian jeans berkenaan untuk hasilkan bahagian tepi beg berkenaan (yang ni korang tampal berlawanan dengan yang bahagian kecil tadi, kalau rasa tak faham boleh refer pada gambar ya)

10) Jahit/gamkan supanya ianya secured.

11) Nah!! Beg korang dah siap!! Boleh try test guna!! :D


Dan....
.
.
.
.
.
.
.
.


Ni lah hasilnya untuk titik peluh aku selama dalam 16 jam menyiapkan beg denim ni :P


Gambar bahagian hadapan beg, bahagian belakang pun sama je rupa dia ye kawan2..



Beg dan bukaannya - abaikan jahitan tak kemas dan benang terjulur2 itu -.-"



Bahagian dalam beg, aku gunakan fabrik putih berbunga biru sebagai lapisan dalam beg


Rupa beg denim setelah digantung - tergelak tengok beg senget2.. HAHA :B

Maaf lah yer kalau explaination aku tu macam sama je dalam gambar. Serious, aku tak reti nak translate kan dalam bentuk kata2. Faham, tapi susah nak luah. Payah la nak ajar orang camni. Hukhukhuk

Untuk siapkan satu beg, aku ambil masa dalam seharilah senang cerita. Dan for your information jahitan yang aku buat adalah 100% menggunakan jahitan tangan. Jadi harap jangan persoalkan kenapa beg tersebut kelihatan tak kemas. Dan jangan juga persoalkan kenapa beg aku senget. Hahaha.. First time buat kan, tak reti bajet lagi. Huhuhu

Kalau ada yang rajin nak try, kalau ada mesin jahit lagilah tersangat elok. Korang akan jimat lebih banyak masa + tak sakit tangan!! Jenuh aku menjahit guna tangan!! Kalau nak lawa lagi, korang boleh la hias sikit depannya, letak butang ke, letak zip ke, letak rambu rambai ke.., apa2 jelah yang korang suka :)

Dan ni model kecil aku menggayakan beg denim mamy dia. Cool kan? Ada rupa nak pergi sekolah tak? :P


Jom pergi sekolah!!

Dah, cukuplah entry kali ni. Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment