Okay, tetiba mood nak berblog mencanak2.. Jadi layankan je la.. Entry ni dan beberapa yang seterusnya panjang ye uolls, jadi siap sedia laa.. Ni sebenarnya cerita bulan September yang lepas.. Masa tu kitaorang holiday ke Medan, Indonesia. Ala, pergi saja jalan2.. Tak ramai pun, dalam 13 orang camtu, tak termasuk baby..
Kitaorang pergi pada 5hb September 2013 dan dijangka pulang pada 8hb September 2013.. Flight kitaorang adalah pada pukul 7.45 pagi waktu Malaysia, jadi kitaorang dah bergerak ke LCCT seawal pukul 4.30 pagi (gerak awal becoz kitaorang convoi ke LCCT). Sampai sana dalam pukul 6 pagi, tunggu yang lain + check in baggage + kastam = dalam pukul 7.00 pagi camtu kitaorang semua dah ready2 kat dalam balai pelepasan. Ni part yang sadis sikit sebab memasing tak sempat breakfast, cuma alas perut dengan makan Dunkin Donut dan air tin je sementara tunggu masa untuk berlepas. Yela, memasing kol 3-4 pagi dah bangun kot.. Pastu terus gerak, memang tak dan nak breakfast dulu pagi tu..
Then tunggu punya tunggu, dalam pukul 8.00 pagi camtu barulah kami meninggalkan bumi Malaysia untuk ke Medan. Cuaca pagi tu kurang baik. Kat LCCT jalan basah, hujan turun dengan lebatnya. Masa dalam penerbangan pun beberapa kali kitaorang terpaksa menghadapi keadaan flight yang bergoyang dan bergegar2 melanggar awan. Sesekali terasa macam naik roller-coaster pun ada bila kapal turun naik akibat melanggar awan. Mujur Mikael tetap rilek dan cool, sebab dia tidur masa ni. Huhu
Dalam pukul 8.45 pagi waktu Malaysia, kitaorang akhirnya berjaya menjejakkan kami ke bumi Medan. Airport tempat kami mendarat - KualaNamu International Airport merupakan airport baru di Medan bagi menggantikan airport Polonia. Dengar cerita, airport ni baru je dirasmikan bulan puasa haritu (bulan Julai).
Welcome to KualaNamu International Airport!! |
Selesai pendaratan dan sesi perbincangan, kami bergerak ke kenderaan kami, iaitu dalam pukul 8.30 pagi.. waktu Indonesia. Oh ya, waktu Malaysia dan Indonesia berbeza 1 jam (Indonesia lewat 1 jam). Jadi waktu Malaysianya adalah 9.30 pagi.. Kalau diikutkan plan asalnya, kami ber-13 akan menaiki van besar. Tapi kemudian memasing baru tau yang kami diberi naik bas pariwisata atau bas perlancongan. Bas ni bas besar tau, bukan bas mini. Oleh kerana kami cuma ber-13-orang je, maka banyak lagi tempat duduk kosong. So memang heaven lah. Boleh tukar2 tempat duduk, nak duduk 2 seat sorang pun boleh! Alhamdulillah sangat, sebab memang selesa!!
Bas kami, parking dekat divider jalan. Kehkeh |
Dua beranak sempat posing dalam bas - abaikan traffic light kat belakang tu sebab kitaorang sebenarnya tengah parking! :P |
Pagi tu schedule menunjukkan yang kitaorang akan bertolak ke Perapat, Indonesia dahulu.. Kat Perapat ni lah letaknya Tasik Danau Toba yang faymes tu. Perjalanan ke sana makan masa 5 jam jugak. Nak ke Perapat, kitaorang akan lalu satu kawasan ni, nama dia Simalungun. Yang ni memang kitaorang akan lalu untuk ke Perapat.
Welcome to Keluruhan Simalungun |
Statue kat tengah pekan ni, memang unik |
Kat Mesia kita ada shell, petronas - di Medan kita ada PERTAMINA!! yeay!! |
Driver kitaorang dapat memang tip top! Tak macam yang aku dengar daripada blogger2 lain. Driver kitaorang dan co-driver sporting! Bawa pun berhemah gila.., memang salute lah!
Jalan yang sesak di Permatang Siantar |
Angkutan Kota!! (ANGKUT) |
Kota Permatang Siantar.. |
Banyak ANGKUT kat sini, colourful pulak tu.. |
Disebabkan restoren yang kitaorang nak lunch tu jauh lagi, so kiteorang decide nak suruh pakcik driver cari mana2 kedai yang okay untuk kitaorang isi perut dulu sebelum teruskan perjalanan.. Tak boleh tahan beb, lapar sangat. So kami pun singgah la dekat sebuah restoren ni.. Masa tu dalam pukul 11.00 pagi camtu waktu indonesia.. Nama kedai memang dah tak ingat sebab masa tu dalam kepala cuma fikir nak order apa je. Haha. Then, aku order mee goreng dan fresh orange, laki aku order apa ntah, dah lupa.. Kadar bayaran boleh tahan lah, lebih kurang sama je macam kat sini lepas convert kepada duit Malaysia.. Tak silap aku untuk 2 orang makan kitaorang kena dalam Rp43,000 iaitu lebih kurang RM14 duit Malaysia.., boleh tahan kan.. Oh ye, tapi masa tu nilai rupiah belum turun lagi tau. Sekarang rupiah dah turun kan. Nak kepastian korang leh cek sendiri ek..
Lepas tu perjalanan diteruskan.. Dengan perut yang kenyang dan mata yang berat akibat memasing bangun awal pagi tadi, semua pun melelapkan mata.. Sambil-sambil tu kiteorang didendangkan pulak dengan movie "Ahmad Albab". Tergelak kejap sebab holiday kat Indonesia, tapi kami disajikan dengan cerita melayu. Eh, orang Indonesia pun layan cerita P. Ramlee tau, jangan tak tau..
Lepas dalam 1 jam lebih perjalanan, kitaorang dibawa singgah ke sebuah tempat ni. Namanya pun lupaaaaaa. Tak leh harap betul kan aku ni. Banyak yang dah lupa coz xde ambil gambar dan xde tulis note pun. Kat situ macam jual snack2 dan makanan ringan lah senang cerita. Tapi kitaorang tak beli pun. Sebab kebanyakannya makanan tu memang kita dah selalu jumpa pun.., plus harga boleh tahan.. Tempat pelancong lah katakan..
Perjalanan diteruskan lagi.., sampai ke sebuah tempat namanya Permatang Siantar. Masa tu dalam jam 2.00 petang waktu Indonesia tak silap aku.. Kiteorang pun singgah ke sebuah restoren untuk lunch. Yang ni dah include dalam package ye. So kitaorang datang makan je.
Lunch di Restoren Garuda - Masakan Minang Melayu |
Mikael sempat main air pancut kat depan restoren. huhi |
Lepak kejap selepas makan sebelum bertolak kembali.. |
Selesai makan tengahari dan sesi bergambar sikit, perjalanan diteruskan lagi ke Perapat.. Jalannya boleh tahan.., jalan mendaki, naik bukit. So, dengan perut yang dah kenyang, memasing sambung tidur balik. Dalam kira2 pukul 5.00 petang waktu Indonesia kitaorang pun tiba dekat Perapat. Moment paling tak boleh lupa bila bas kitaorang lalu betul2 sebelah Tasik Toba. Pemandangan dia memang memukau mata!! Semua sibuk dok ambil gambar dan mulut tak putus memuji kecantikan alam yang sedang diperhatikan.
Kitaorang menyusuri tepi Tasik Toba tu tau. Bila tiba kat satu kawasan ni, pemandu pelancong kitaorang, Sari menceritakan berkenaan wujudnya 1 tempat lagenda dinamakan "Batu Gantung". Menurut cerita Sari, batu gantung tu merupakan seorang gadis yang telah disumpah menjadi batu. Kalau tengok betul2, ada nampak satu kawasan tu dimana ada batu tergantung betul2 kat tepi juram Tasik Toba tu. Dan katanya, rupa batu berkenaan memang berbentuk manusia. Tapi kitaorang tak nampak sebab bas bergerak kan.., wallahualam..Yang ni nanti lain kali aku cerita lah ye. Nanti berjela sangat entry kali ni.
![]() |
Batu gantung - Ehsan GOOGLE! |
Dalam 5-10 minit perjalanan lepas tu. Akhirnya tiba di hotel yang telah dirancanakan. Hotel Siantar namanya. Kedudukan memang aku rasa strategik. Dia terletak di tepi Tasik Toba. Kira bilik kitaorang memang menghadap tasik la senang cerita. Parking bas kat belah atas, then bilik2 dan lobi kat belah bawah. Memang hotel tu macam nampak dah lama sikit, tapi dari segi perkakas dan kelengkapan asas semua bolehlah.. Takdelah mewah sangat, tapi pada aku okay je semuanya.. Selesai check in semua, kitaorang pun masuk ke bilik. Kat sini kalau nak guna air panas ada time dia oi. Air panas hanya diberi dari pukul 6.00 petang hingga 8.00 malam.. Sama jugalah kalau waktu pagi, air panas diberi start pukul 6.00 pagi hingga jam 8.00 pagi. Untuk pengetahuan korang, kat sini pukul 6.00 petang dah gelap. Kira macam pukul 7 kita lah. So petang tu lepas check in semua kitaorang tak dan dah nak round2 lagi kat area tu coz memasing nak melepaskan penat perjalanan dan kat luar pulak hujan renyai2 camtu..
Pukul 8.00 malam waktu Indonesia, kami naik ke atas ruang makan untuk dinner. Selesai dinner, aku dan suami buat keputusan untuk balik ke bilik berehat je. Ada je yang ambil peluang untuk ke kedai berdekatan untuk membeli pekakas harian lepas dinner malam tu; dan ada juga yang melepaskan tekanan dengan berkaraoke. Nak berkaraoke kena bayar ye, tapi aku tak sure berapa..
Oh ye. Malam tu anak aku meragam kat hotel tu. Tak tau lah apa dia nampak, tapi menangis tak henti2.. Mintak sikit minyak celak daripada member laki aku, bukak Al-Quran, buat pendinding untuk dia, baru dia dapat tidur dengan tenang. Esoknya ada dengar cite yang tak berapa sedap di dengar daripada member2 laki aku, tapi tu hasil daripada dorang google2 pasal hotel tu lah. Alhamdulillah, takda kejadian yang tak enak berlaku kepada kitaorang selain anak aku menanges2 malam tu. Tapi aku tak blame sesiapa atas apa yang terjadi. Hotel tu hotel lama kan., biasalah tu..
Oh ye, one more thing. Kalau ke Indonesia, pasti kita nak call family kan? Kalau korang buat roaming, bersedialah nanti untuk menanggung akibatnya. Nak tau kenapa? Katakanlah if korang call mak korang daripada Indonesia selepas korang aktifkan roaming kan, bukan korang je yang akan dicas kaw-kaw nanti tau, mak korang pun kena!! Memang cekik darah sikit lah kan. Hehe. Kesian mak/family korang tak pasal2 kena bayar jugak. Padahal dorang menerima panggilan je. Ni apa yang kitaorang dimaklumkan lah kalau nak buat roaming. Aku pun tak dan nak try. Naye je kang bil tepon beratos-ratos!! Atas nasihat Sari, kitaorang beli simkad kat sana, brand SIMPATI. Tak silap aku masa beli tu harga dia dalam Rp55,000 kot. Tapi dia sekali reload dalam tu. Berapa jumlah dia tu seyes aku tak ingat dah, rasanya Rp30,000 kot! Kat sana tak yah sibuk2 nak register lagi. Beli, nanti orang kedai tu aktifkan dan guna!! Senang dan mudah, dan yang paling penting sekali dengan data plan hokkeh!! Suh je orang kedai tu aktifkan data sekali. Korang tinggal guna je simkad tu nanti. Huhiii..
Tamat hari pertama untuk Trip ke Medan. Trip seterusnya next entry. Penat taip :P