Assalammualaikum..
Meh aku nak habaq hang tentang perangai sesetengah kaum ibu.. Eh, bukan semua yee, hanya segelintir sahaja.. Tapi yang segelintir ni lah kalau terjumpa, memang menyampah ai nak layan.. Yelah, aku faham.. Masing2 excited dan teruja dengan anak masing2.. Masing2 kalau boleh nak beritahu satu dunia yang anak dia lahhhhhhh yang paling cerdik, anak dia lahhhhhhh yang paling bijak dan anak dia lahhhhhhh yang paling baik.., betul tak?Aku rasa dah memang naluri semulajadi seorang ibu untuk berperasaan macam tu..
Boleh nak rasa macam tu... Aku tak kata tak boleh....
Yang annoyingnya bila ada "segelintir" tu suka sangat lah membandingkan anak depa dengan anak orang lain..
"Eh, anak kau tak tumbuh gigi lagi? Lambatnya!! Anak aku dah 18 biji dah tumbuh.."
"Kenapa anak kau tak bercakap lagi? Anak aku dah pandai menyanyi dah, kau tahu!!"
"Keciknya anak kau! Kau tak bagi makan ke apa? Cer tengok anak aku, semangat nauzubillah.. Makan nasik tambah lima kali, kau tahu!"
"Kenapa anak kau tak merangkak lagi? Anak aku tujuh bulan dah berlari dah tau"
Ini satu pesen, ada sepesen lagi tu camni pulak :
"Kau tahu, anak bedah tu.. Dah dekat dua tahun tak bercakap lagi.. Anak aku si aiman tu setahun dah membebel tau"
"Kesiannya anak kau ni salmah, kenapalah rendah sangat.. Anak si leha tu ko tengok, panjang betul. Dah besar boleh jadi model nanti tu.., tinggi!!"
Seriosly, aku stress bila berhadapan dengan makhluk2 sebegini rupa.. Setiap kali berhadapan dengan orang camni, yang boleh aku buat, adalah senyum.. Ye, aku tahu.. Anak korang je la yang bagus sangat.. Anak korang je laaa, yang pandai dulu semua.. Dari side lain, ko taknak compare pulak? Kalau anak aku dah pandai baca ABC anak ko dah 5 tahun pun tak reti, ko taknak compare pulak?
Pleaselah, stop compare each other.. Stop it.. Ko rasa ko bangga buat camtu, tapi ko tak tahu ada hati2 yang terguris dek kerna ayat ko yang satu tadi tu.. Ada hati2 yang teringat2 apa yang ko kata tu sampai tidur pun tak lena.. Ada.., jangan cakap tak ada...
Development dan perkembangan setiap kanak2 adalah berbeza.. Yes, Mikael dah tumbuh gigi seawal 7 bulan, dah merangkak sejak 7 bulan.. Berjalan ketika setahun.. But until now aku admit, dah setahun 9 bulan Kael belum lagi banyak sebutan yang jelas.. Adalah sikit2, Tapi tak banyak.. Mungkin tu bahagian dia..
Anak kau mungkin setahun dah pandai bercakap, tapi kadang2 setahun tu tak pandai merangkak lagi pun.. Ada yang macam tu.., jangan cakap tak ada...
Ada jugak yang dah berjalan 8-9 bulan, tapi dah setahun 5 bulan tak tumbuh gigi lagi.. Ada wei.., jangan hang cakap tak ada..
Tapi itulah aku kata, development masing2 berlainan.. Ko nak compare dari 1 side, tapi mesti ko akan kalah dari 1 side yang lain.. Ko fikir tak tu?
Kalau ye pun anak ko excellent sangat all in, mesti ada kekurangan dia dari segi yang lain.. Aku bukan nak doakan anak ko tu, tapi.. Make sure sebelum bercakap tu..., fikirlah dahulu.. Aku boleh je smash balik kat batang hidung ko tu.. buat ko pulak rasa sakit hati..
Tapi aku tak nak, sebab aku boleh fikir lagi.. Apa yang akan ko rasa kalau aku cakap camtu.. Tapi sayangnya ko takleh fikir..
Aku doakan semoga ko diberi "Hidayah".. amin.. Ingat, banyak wanita masuk neraka sebab mulut...
Wassalam..
No comments:
Post a Comment