Looser sangat rasanya diri den ni ha.. Blog pun xde follower. Berdekah seorang diri ler gamoknye..
Well first and the most important thing of all, aku menulis bukan kerna nama (ececehh). Ada orang menulis kerana passion dia, ada orang menulis untuk gather follower & be famous, dan ada juga yang menulis untuk menjana pendapatan sampingan..
Tapi untuk aku, aku perlukan medan untuk aku meluahkan. Tak semestinya meluahkan perasaan, tapi meluahkan liku-liku kehidupan atau senang kata diari lah.. Dan yang pastinya dalam blog ni banyak berkisar kisah anak aku dan diri aku yang aku rasa aku selesa untuk berkongsi.
Walau pun rasanya takde siapa pun ler nak membaca blog yang membosankan ni haa, tapi diharapnya satu hari nanti aku bosan2 boleh la baca balik sebagai mengulit kenangan dan boleh dijadikan rujukan perkembangan Mikael dengan bakal adik2 nya nanti. hahaha
Orait, Setahun lepas da since last post yang aku buat, ni quick update ler untuk masa sekarang ni.
- Mikael sekarang dah berusia 2 tahun dan 8 bulan
- Makin bijak dan meriah mulutnya (walau banyak lagi bahasa Jerman, tapi aku lihat banyak improvement yang baik pada dia, dia cakap pun kita dah boleh agak)
- Makin lasak, makin manja
- Masih direct BF, sedang dalam proses wean off since aku sekarang tengah pregnant 5 bulan.
- Dah boleh faham arahan seperti buang sampah, basuh tangan, pergi mandi dll
- Tantrum setakat ni alhamdulillah tak teruk dan masih boleh dikawal
- Still picky eater, tapi alhamdulillah kalau pandai main teka teki dia nak apa, insyaAllah dia akan makan dengan banyak sekali
- Banyak akal, hahaha
Aku still lagi WAHM.., walau bisnes online tu ikut sedap je bila nak buat aku buat, dan bila malas memang aku tak sentuh langsung. Lagi2 macam masa pregnant sekarang ni, memang aku tak ada mood nak berbusiness., Tak tau lah apahal malas sangat padahal bukan lah susah sangat untuk post dekat facebook tu..
Tapi selama jadi HW ni jugak la aku rasa puas sangat. Tau puas apa? Sebab aku memang dapat tengok perkembangan Mikael depan mata.. Tiba2 rasa macam sekejap sangat masa berlalu, macam baru semalam je pegang dia masa baby, harini kau dah boleh minta tolong dia buang sampah, ambilkan cawan dan sebagainya.. Ini rupanya perasaan seorang ibu.. hohoho.. Sendiri rasa sayu dan sedih bila dia dah pandai main sendiri, cari kawan dan main. Dapat lak bila time bermain dengan kawan tu bila kau panggil pun dia x layan, sedih bak hang. Hohoho!
Tak dapat nak bayangkan nanti bila dia dah beradik, harapnya dia tak terasa sebab aku sayang dia tetap macam tu ler daripada dulu, sekarang dan sampai syurga nanti.. InsyaAllah..
Semoga menjadi anak yang soleh, Muhammad Mikael B. Mohd Furzani :)
No comments:
Post a Comment