Assalammualaikum..
Phew! Bersarang benar blog ni kan! Lebih setengah tahun tak update. Terasa bz bagaikan menteri walaupun baru anak satu.. Kuikui
Baeklahhh!!!... Updates...
Mikael dah berusia 1 tahun dan 9 bulan.. Makin besar, dan makin bijak.. Banyak akal sampai poning amii dia nak layan.. Heheh.. Bersyukur pada Allah aku dah buat pilihan yang tepat.., walaupun berbagai perkara yang perlu dan telah dikorbankan.. Tapi bila tengok anak membesar depan mata..., tu nikmat yang tak dapat aku nak ungkapkan. tak sama dengan nikmat dunia yang lain.., seyes tau ;)
Alhamdulillah jugak, sebab sampai kini aku masih fully BF (breastfeed) Mikael.. Susu pun masih banyak, alhamdulillah..., mungkin rezeki dia.. Tapi disebabkan dia pun dah almost 2 tahun, aku rasa aku perlu buat something sebagai persediaan dia untuk "wean off".. Walaupun buat masa ni semua usaha macam nampak tak nampak hasilnya, aku akan berusaha jugak teruskan sebab satu hari nanti dia memang perlu pisah susu badan daripada aku..Nak tau apa yang dah aku buat? Jom cekidott!!
1) Try bagi makan banyak3 :p
Untuk yang ni, kadang berjaya, kadang gagal juga.. Apa yang aku perhatikan, anak aku ni jenis tak boleh makan benda sama 3 hari berturut2.. Nanti mesti dia tak mau dah. Sebagai contoh :
Kalau haritu aku bagi => bubur ayam untuk lunch dan dinner, selalunya kalau guna menu yang sama, ianya hanya dapat bertahan 2 hari sahaja. Hari ke 3 mesti dia dah refuse untuk makan dah.
Solution => So apa yang aku buat, setiap hari kalau boleh aku tukar2 menu dia. Contoh harini makan bubur, esok makan yee mee berkuah, lusa makan cheezy macaroni, tulat makan bubur balik.. Macam tu lah.. (Setakat ni tu je menu aku sebab tu antara yang dia suka)
Kudap2 makan untuk sarapan dan minum petang jugak berubah2.. Kadang biskut cecah air, kadang nugget, kadang kek, kadang koko crunch.. Camtu...
Untuk yang ni aku still usahakan lagi supaya dia lebih berselera untuk makan.. Lagi banyak makan, so takdelah mencari susu sangat. Tapiiiii, satu lagi masalah yang timbul adalah kalau anak aku da makan banyak sekalipun, kejap lagi mesti dia mencari susu jugak.. Yang tu, memang pening den nak pikir dah!
2) Bagi minum susu formula / minuman coklat
Yang ni pulak aku biasa bagi anak aku minum milo kotak tu.. Yang saiz kecik je agak2 sekali minum boleh habis.. Stok sebulan berkoyan2 aku borong daripada Mydin.. Yang ni selalunya aku bagi bila dia totally refuse makan. Langsung apa takmo makan dah.. Ni je harapan aku untuk isi perut dia sikit.. Tapi buat masa sekarang aku cuba kurangkan bagi sebab tak elok pun kan.. Milo kotak ni ada kandungan maltodekstrin, yang mana ianya sebenarnya tak elok bukan je untuk anak2, mak bapak sekalipun.
Ehsan : mr google :p |
Susu formula ni kalau boleh aku nak elakkan bagi juga. Aku lebih prefer nak bagi susu segar. Pernah ada sekali tu cari susu segar kambing - Nubian Goat Milk, beli kat Mydin.. Harga boleh tahan.. Oleh kerana kami laki bini peminat tegar "kambing" so nekad jugak beli sebab nak rasa. Haha
![]() |
Ehsan : Mr google jugak :p |
Sampai rumah, laki aku hirup dengan muka watlek. Aku pun excited nak tau rasa dia. Sekali hirup..., phew.. Boleh tahan bau hamis dia.. Dedi bantai gelak, tengok muka terkebil2 je lepas minum tu. Haha. Sudahnya tak jadi bagi Mikael, aku suh dedi habiskan. Hahaha.. Aku pun hirup skali tu ja, tak dan nak hirup lagi. Huhuh
3) Bagi susu badan ikut kehendak
Kalau dulu, asal aku "rasa" anak aku lapar je mesti sumbat susu.., asal aku "rasa" anak aku lapar je aku sumbat susu.. Walau hakikatnya aku rasa dia tak lapar sangat pun.. Tapi sekarang ni aku lebih kepada tengok, kalau dia macam dah betul2 perlu nak susu baru aku bagi.. Selalunya dulu kalau nak bawak keluar jalan mesti fikir ada tak tempat nak susukan anak.. Sekarang ni kalau bawak jalan, dah balik rumah baru aku susukan.. Hee.. Salah satu cara aku nak ransang dia supaya makan dan juga kurangkan kebergantungan dengan susu. Di antara waktu nak menyusu tu time tu lah aku try feed dia dengan real food. At least dia dapat train untuk kurangkan kebergantungan kepada susu aku kan..
4) Bagi multivitamin
Okay, since berat Mikael pun tak berapa nak mencanak (last appointment naik 300g je dalam tempoh 3 bulan), so this is the option that I really need to consider. Aku dah try bagi beberapa multivitamin, stakat ni champs, seven seas dan satu lagi brand x ingat, tapi dia jenis chewy camtu..
Champs dalam tablet dia refuse, maybe sebab aku memang tak biasakan dia makan gula2 sampai yang vitamin ni pun dia takmo makan.. Huuu..
Satu lagi brand yang aku tak ingat tu dalam bentuk chewy, but still, anak aku refuse.
Finally, after all consideration & experimentation (eceh) aku stick to Seven Seas Multivitamin syrup & Cod Liver Oil - which is I found that was recommended by some paeds. Stakat ni nak bagi memang bercinta jugak, tapi misi dipermudahkan sebab aku guna syringe, so cara bagi memang sama macam bagi makan ubat. Haha.. Kang kalau dia dah taknak makan, aku pun boleh makan sebab seven seas multivitamin ni bukan budak2 je boleh makan, tapi dewasa jugak pun. Senang dan tak membazir kan? :)
After all, aku still go on dengan cara ni, slow but steady.. Actually aku okay je nak BF dia sampai bila2 je pun, selagi ada rezeki dia ni kan.. Tapi aku takut in case "tersangkut" ke apa kang tetiba nak stop lagi haru kan.. So why not aku slow2 guna cara perlahan untuk train dia.. Mak mana yang tak nak wat yang terbaik untuk anak dia kan.. Harapnya dapat bagi yang terbaik untuk anak aku.
P/s : Banyak gambar ehsan mr google je sebab tak dan nak tangkap gambar barang setiap saat. Hajaja
No comments:
Post a Comment