Wednesday, November 26, 2014

Anak aku VS anak kau!

Assalammualaikum..


Meh aku nak habaq hang tentang perangai sesetengah kaum ibu.. Eh, bukan semua yee, hanya segelintir sahaja.. Tapi yang segelintir ni lah kalau terjumpa, memang menyampah ai nak layan.. Yelah, aku faham.. Masing2 excited dan teruja dengan anak masing2.. Masing2 kalau boleh nak beritahu satu dunia yang anak dia lahhhhhhh yang paling cerdik, anak dia lahhhhhhh yang paling bijak dan anak dia lahhhhhhh yang paling baik.., betul tak?Aku rasa dah memang naluri semulajadi seorang ibu untuk berperasaan macam tu..


Boleh nak rasa macam tu... Aku tak kata tak boleh....


Yang annoyingnya bila ada "segelintir" tu suka sangat lah membandingkan anak depa dengan anak orang lain..


"Eh, anak kau tak tumbuh gigi lagi? Lambatnya!! Anak aku dah 18 biji dah tumbuh.."
"Kenapa anak kau tak bercakap lagi? Anak aku dah pandai menyanyi dah, kau tahu!!"
"Keciknya anak kau! Kau tak bagi makan ke apa? Cer tengok anak aku, semangat nauzubillah.. Makan nasik tambah lima kali, kau tahu!"
"Kenapa anak kau tak merangkak lagi? Anak aku tujuh bulan dah berlari dah tau"


Ini satu pesen, ada sepesen lagi tu camni pulak :


"Kau tahu, anak bedah tu.. Dah dekat dua tahun tak bercakap lagi.. Anak aku si aiman tu setahun dah membebel tau"
"Kesiannya anak kau ni salmah, kenapalah rendah sangat.. Anak si leha tu ko tengok, panjang betul. Dah besar boleh jadi model nanti tu.., tinggi!!"


Seriosly, aku stress bila berhadapan dengan makhluk2 sebegini rupa.. Setiap kali berhadapan dengan orang camni, yang boleh aku buat, adalah senyum.. Ye, aku tahu.. Anak korang je la yang bagus sangat.. Anak korang je laaa, yang pandai dulu semua.. Dari side lain, ko taknak compare pulak? Kalau anak aku dah pandai baca ABC anak ko dah 5 tahun pun tak reti, ko taknak compare pulak?


Pleaselah, stop compare each other.. Stop it.. Ko rasa ko bangga buat camtu, tapi ko tak tahu ada hati2 yang terguris dek kerna ayat ko yang satu tadi tu.. Ada hati2 yang teringat2 apa yang ko kata tu sampai tidur pun tak lena.. Ada.., jangan cakap tak ada...


Development dan perkembangan setiap kanak2 adalah berbeza.. Yes, Mikael dah tumbuh gigi seawal 7 bulan, dah merangkak sejak 7 bulan.. Berjalan ketika setahun.. But until now aku admit, dah setahun 9 bulan Kael belum lagi banyak sebutan yang jelas.. Adalah sikit2, Tapi tak banyak.. Mungkin tu bahagian dia..


Anak kau mungkin setahun dah pandai bercakap, tapi kadang2 setahun tu tak pandai merangkak lagi pun.. Ada yang macam tu.., jangan cakap tak ada...


Ada jugak yang dah berjalan 8-9 bulan, tapi dah setahun 5 bulan tak tumbuh gigi lagi.. Ada wei.., jangan hang cakap tak ada..


Tapi itulah aku kata, development masing2 berlainan.. Ko nak compare dari 1 side, tapi mesti ko akan kalah dari 1 side yang lain.. Ko fikir tak tu? 


Kalau ye pun anak ko excellent sangat all in, mesti ada kekurangan dia dari segi yang lain.. Aku bukan nak doakan anak ko tu, tapi.. Make sure sebelum bercakap tu..., fikirlah dahulu.. Aku boleh je smash balik kat batang hidung ko tu.. buat ko pulak rasa sakit hati.. 


Tapi aku tak nak, sebab aku boleh fikir lagi.. Apa yang akan ko rasa kalau aku cakap camtu.. Tapi sayangnya ko takleh fikir..


Aku doakan semoga ko diberi "Hidayah".. amin.. Ingat, banyak wanita masuk neraka sebab mulut...


Wassalam..


Friday, November 21, 2014

It's time for him to wean off?!

Assalammualaikum..


Phew! Bersarang benar blog ni kan! Lebih setengah tahun tak update. Terasa bz bagaikan menteri walaupun baru anak satu.. Kuikui


Baeklahhh!!!... Updates...


Mikael dah berusia 1 tahun dan 9 bulan.. Makin besar, dan makin bijak.. Banyak akal sampai poning amii dia nak layan.. Heheh.. Bersyukur pada Allah aku dah buat pilihan yang tepat.., walaupun berbagai perkara yang perlu dan telah dikorbankan.. Tapi bila tengok anak membesar depan mata..., tu nikmat yang tak dapat aku nak ungkapkan. tak sama dengan nikmat dunia yang lain.., seyes tau ;)


Alhamdulillah jugak, sebab sampai kini aku masih fully BF (breastfeed) Mikael.. Susu pun masih banyak, alhamdulillah..., mungkin rezeki dia.. Tapi disebabkan dia pun dah almost 2 tahun, aku rasa aku perlu buat something sebagai persediaan dia untuk "wean off".. Walaupun buat masa ni semua usaha macam nampak tak nampak hasilnya, aku akan berusaha jugak teruskan sebab satu hari nanti dia memang perlu pisah susu badan daripada aku..Nak tau apa yang dah aku buat? Jom cekidott!!


1) Try bagi makan banyak3 :p

Untuk yang ni, kadang berjaya, kadang gagal juga.. Apa yang aku perhatikan, anak aku ni jenis tak boleh makan benda sama 3 hari berturut2.. Nanti mesti dia tak mau dah. Sebagai contoh :

Kalau haritu aku bagi => bubur ayam untuk lunch dan dinner, selalunya kalau guna menu yang sama, ianya hanya dapat bertahan 2 hari sahaja. Hari ke 3 mesti dia dah refuse untuk makan dah.

Solution => So apa yang aku buat, setiap hari kalau boleh aku tukar2 menu dia. Contoh harini makan bubur, esok makan yee mee berkuah, lusa makan cheezy macaroni, tulat makan bubur balik.. Macam tu lah.. (Setakat ni tu je menu aku sebab tu antara yang dia suka)

Kudap2 makan untuk sarapan dan minum petang jugak berubah2.. Kadang biskut cecah air, kadang nugget, kadang kek, kadang koko crunch.. Camtu...

Untuk yang ni aku still usahakan lagi supaya dia lebih berselera untuk makan.. Lagi banyak makan, so takdelah mencari susu sangat. Tapiiiii, satu lagi masalah yang timbul adalah kalau anak aku da makan banyak sekalipun, kejap lagi mesti dia mencari susu jugak.. Yang tu, memang pening den nak pikir dah!


2) Bagi minum susu formula / minuman coklat

Yang ni pulak aku biasa bagi anak aku minum milo kotak tu.. Yang saiz kecik je agak2 sekali minum boleh habis.. Stok sebulan berkoyan2 aku borong daripada Mydin.. Yang ni selalunya aku bagi bila dia totally refuse makan. Langsung apa takmo makan dah.. Ni je harapan aku untuk isi perut dia sikit.. Tapi buat masa sekarang aku cuba kurangkan bagi sebab tak elok pun kan.. Milo kotak ni ada kandungan maltodekstrin, yang mana ianya sebenarnya tak elok bukan je untuk anak2, mak bapak sekalipun.

Ehsan : mr google :p


Susu formula ni kalau boleh aku nak elakkan bagi juga. Aku lebih prefer nak bagi susu segar. Pernah ada sekali tu cari susu segar kambing - Nubian Goat Milk, beli kat Mydin.. Harga boleh tahan.. Oleh kerana kami laki bini peminat tegar "kambing" so nekad jugak beli sebab nak rasa. Haha

Ehsan  : Mr google jugak :p


Sampai rumah, laki aku hirup dengan muka watlek. Aku pun excited nak tau rasa dia. Sekali hirup..., phew.. Boleh tahan bau hamis dia.. Dedi bantai gelak, tengok muka terkebil2 je lepas minum tu. Haha. Sudahnya tak jadi bagi Mikael, aku suh dedi habiskan. Hahaha.. Aku pun hirup skali tu ja, tak dan nak hirup lagi. Huhuh


3) Bagi susu badan ikut kehendak

Kalau dulu, asal aku "rasa" anak aku lapar je mesti sumbat susu.., asal aku "rasa" anak aku lapar je aku sumbat susu.. Walau hakikatnya aku rasa dia tak lapar sangat pun.. Tapi sekarang ni aku lebih kepada tengok, kalau dia macam dah betul2 perlu nak susu baru aku bagi.. Selalunya dulu kalau nak bawak keluar jalan mesti fikir ada tak tempat nak susukan anak.. Sekarang ni kalau bawak jalan, dah balik rumah baru aku susukan.. Hee.. Salah satu cara aku nak ransang dia supaya makan dan juga kurangkan kebergantungan dengan susu. Di antara waktu nak menyusu tu time tu lah aku try feed dia dengan real food. At least dia dapat train untuk kurangkan kebergantungan kepada susu aku kan..


4) Bagi multivitamin

Okay, since berat Mikael pun tak berapa nak mencanak (last appointment naik 300g je dalam tempoh 3 bulan), so this is the option that I really need to consider. Aku dah try bagi beberapa multivitamin, stakat ni champs, seven seas dan satu lagi brand x ingat, tapi dia jenis chewy camtu.. 

Champs dalam tablet dia refuse, maybe sebab aku memang tak biasakan dia makan gula2 sampai yang vitamin ni pun dia takmo makan.. Huuu.. 

Satu lagi brand yang aku tak ingat tu dalam bentuk chewy, but still, anak aku refuse. 

Finally, after all consideration & experimentation (eceh) aku stick to Seven Seas Multivitamin syrup & Cod Liver Oil - which is I found that was recommended by some paeds. Stakat ni nak bagi memang bercinta jugak, tapi misi dipermudahkan sebab aku guna syringe, so cara bagi memang sama macam bagi makan ubat. Haha.. Kang kalau dia dah taknak makan, aku pun boleh makan sebab seven seas multivitamin ni bukan budak2 je boleh makan, tapi dewasa jugak pun. Senang dan tak membazir kan? :)


After all, aku still go on dengan cara ni, slow but steady.. Actually aku okay je nak BF dia sampai bila2 je pun, selagi ada rezeki dia ni kan.. Tapi aku takut in case "tersangkut" ke apa kang tetiba nak stop lagi haru kan.. So why not aku slow2 guna cara perlahan untuk train dia.. Mak mana yang tak nak wat yang terbaik untuk anak dia kan.. Harapnya dapat bagi yang terbaik untuk anak aku. 




P/s : Banyak gambar ehsan mr google je sebab tak dan nak tangkap gambar barang setiap saat. Hajaja

Thursday, May 15, 2014

Selamat Hari Guru!!

Aku yang dahulu masa zaman persekolahan bukan lah jenis murid yang menonjol...

Selalu kalau cikgu tanya soalan dalam kelas, aku bukanlah jenis yang suka angkat tangan.. 

Even kalau pilih tempat duduk pun, kalau boleh tak nak duduk barisan yang depan sekali...

Waktu beratur, aku lebih suka bahagian tengah atau belakang..

Kalau bertembung dengan cikgu pun tunduk memanjang..

Aku lebih suka ikutttt jeee apa yang cikgu dan majoriti kelas tetapkan..

Senang citer, aku ni quite "INVISIBLE" lah...

Bukan orang penting2.., bukan anak emas cikgu.., bukan student favourite sesiapa..

Bukan...

Aku hanyalah aku...

.
.
.
.
.
.


Tapi aku suka sekolah.. 

Sampai rasa teringin nak kembali ke zaman dulu..

Seronok sangat dan banyak kenangan.. 

In syaa Allah, sampai sekarang aku masih lagi ingat rasanya cikgu2 yang pernah berhempas pulas mencurahkan ilmu kepada aku..

Tak kira lah ilmu akademik, ilmu kehidupan, dan sebagainya..

Teringin sangat nak jumpa balik mereka2..

Pengorbanan dan jasa mereka tak mungkin akan aku lupa...

Tanpa mereka, tak mungkin aku dapat memegang segenggam ijazah seperti sekarang ni..

TERIMA KASIH CIKGU!!

- SK Bukit Soga (1994-1999)
- SA Kampung Istana (1997-1998)
- SA Seri Beroleh (1999)
- SMK Tun Aminah (2000-2004)
- Kolej Matrikulasi Johor (2005-2006)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (2006-2010)

May Allah bless all of you, no matter where you are now :)




Wednesday, May 14, 2014

Berkecamuk

Beberapa hari dan minggu ni aku rasa banyak betul output yang ingin aku luahkan.. Macam2 yang terjadi di sekeliling ni membuatkan aku rasa nak meluahkan apa yang aku rasa.. Tapi.., semuanya bercampur aduk..

Acapkali aku mengomel sendirian.. Ketika membasuh baju, mengemas bilik, bahkan ketika menidurkan anak skalipun..

Rasanya itu satu petanda untuk aku memenuhkan blog ni dengan coretan2 yang perlu..


In syaa Allah,

Jika ada kelapangan..





Monday, April 7, 2014

Mikael : First Handwriting!

Bulan ni Mikael dah mencecah umur 1 tahun 2 bulan.. Yey.. Besar dah anak mamy.. Pejam celik pejam celik je, dah setahun. Kejap lagi pejam celik pejam celik dah tadika kot.. Begitu pantasnya masa berlalu..

Aku dah start mengajar Mikael memegang pen sejak dia mencecah 1 tahun.. Tapi sebelum ni dia macam tak berapa nak sangat bila aku ajar dia pegang pen. Dia lagi suka main mainan dia. But it's okay. Aku tak paksa dia. Beberapa kali juga aku attempt untuk ajar dia pegang pen, tapi beberapa kali tu juga dia menolak..

But at last, ianya membuahkan hasil. Akhirnya Mikael tewas dengan pujukan mamy dia. Hahaha. Pujukan sangat. Takdelah.. Akhirnya dia sendiri yang nak pegang pen.. Ehh, maaf yer.. Jangan kata aku macam terlalu desperate sangat okay, actually this is part of his motor development. Bukan aku nak suruh dia menulis terus ke apa, cuma nak meransang motor2 kasar dan halusnya hoccayyy...



Waktu mula2 nak conteng tu memang kena guide dia la sebab dia kan memang zero pasal benda ni kan, benda baru nak belajar.. Lastly dia pandai juga conteng sendiri, takdelah advance mana.. Tapi sebagai ibu aku hepiiii dapat tengok development dia.. Seriosss...


Seni betul tulisan Mikael. Hahahaha

Haritu sempat jugalah Mikael conteng 3 4 keping flashcard tu..

Hehe.. tangan kecil tu sibuk je nak amik flashcard tu.. huhu

Aku gunakan flashcard marker set.. Set ni pada aku convenient sangat tau.. Nak tau kenapa?? Dengan flashcard marker ni anak-anak boleh conteng flashcard tu dengan marker pen sesuka hati diorang tau.. Lepas da puas conteng2 tu  kalau korang nak padam, cuma perlu lapkan dengan kain je.. Terus bersih seperti baru!! Lepas tu boleh conteng lagi lain kali.. Memang jimat + murah pulak tu.. But make sure kalau nak conteng dengan water-base marker pen.. Dalam set ni memang dia dah bg 3pcs pen. Jangan pepandai guna permanent marker pen lak. Memang lah permenant terus jadinya tulisan nya nanti :P

satu set flashcard marker - percuma buku mewarna jawi dan 3pcs marker pen lagi tauuu...

Besides, kadnya pun tebal. Kejab kalau dipegang - maknanya selesa lah kalau dipegang.. Korang nak flash2 kan laju2 kat anak korang pun dia tak berterabur lah kan.. Lepastu siap bagi percuma buku mewarna jawi lagi.. Memang menarik untuk dimiliki tauu...

If sesiapa berminat, boleh contact aku sms/watsup 018-391 4405 atau email noi_lp@yahoo.com.. In syaa Allah,  best price menanti anda.. aku jamin harga yang terbaik.. Barang baik kita kongsi sesama.. Ye dakk :)

Sunday, April 6, 2014

Al- Fatihah untuk abah

Salam..,

It's been a long long time since my last update.. Beberapa bulan lepas ni memang waktu yang sangat kritikal.. Bukan je blog bersawang, malah kedai online aku pun tak terjaga.. Haish, baru anak satu kan.. Busynye mengalahkan anak lima!!

Harini merupakan hari ke-9 pemergian abah.. Lajunya masa berlalu.. Aku masih dapat merasakan dan mendengar lawak2 abah, panggilan abah kepada anakku, Mikael, senyum abah.. Segalanya masih terasa dekat.. Sangat tak sangka abah pergi meninggalkan kami secepat ni..  Tapi apalah daya kami nak menyoalkan ketetapan dan qada' qadar Allah.. Sesungguhnya Dia lagi maha mengetahui yang mana terbaik untuk kami..


Ya Allah,
Kau ampunilah dosa abah..,
Tempatkannya bersama orang2 soleh..,
Kau ringankanlah azabnya, ya Allah..,
Kasihilah dia sebagaimana dia mengasihi kami, ya Allah...,
Amin.., amin.., ya rabbal Al-amin...

Al-Fatihah untuk abah, MD ABU YAMIN BIN SIRAJ
1959-2014



Kenangan di Puncak Arabella, Cameron Highland - Dec2013